RAJA Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (tengah) beramah mesra dengan barisan pemain Asia Thongchai Jaidee (lima kiri). Turut kelihatan Milkha  (tiga kanan) dan Pengerusi Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
RAJA Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (tengah) beramah mesra dengan barisan pemain Asia Thongchai Jaidee (lima kiri). Turut kelihatan Milkha (tiga kanan) dan Pengerusi Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
CLARKE (kiri) dan Milkha mempamerkan trofi Eurasia.
CLARKE (kiri) dan Milkha mempamerkan trofi Eurasia.
Oleh Saiful Affendy Sapran

Shah Alam: Keputusan ketua Pasukan Asia Jeev Milkha Singh menggandingkan Danny Chia bersama rakan senegara Nicholas Fung nyata memberi motivasi tambahan kepada pemain berusia 43 tahun itu menjelang acara fourball di saingan Piala Eurasia, hari ini.

Danny yang kali pertama bakal beraksi pada saingan Piala Eurasia berkata, dia serta Nicholas sudah arif dengan corak permainan masing-masing.

“Saya ibarat rookie pada saingan kali ini kerana tidak mempunyai pengalaman luas beraksi dalam format berpasukan.

“Tapi dengan kehadiran Nicholas, ia sememangnya melegakan saya.

“Kini saya rasa lebih selesa bergandingan dengannya dan tidak sabar turun esok (hari ini),” katanya pada sidang media semalam merujuk kepada Nicholas yang pernah beraksi pada edisi pertama kejohanan berpasukan itu dua tahun lalu.

Pada acara fourball hari ini, Danny dan Nicholas akan berdepan Victor Dubuisson-Soren Kjeldsen yang mewakili Pasukan Eropah.

Jeev berkata, dia mempunyai beberapa sebab untuk menggandingkan dua pemain Malaysia itu meskipun sebelum ini menolak cadangan menggandingkan dua pemain daripada satu negara.

“Kedua-dua pemain ini sangat arif dengan lapangan di sini dan pastinya itu satu kombinasi yang bagus.

“Kedua, gandingan mereka pasti akan menarik minat penyokong tempatan untuk memberi sokongan kepada Pasukan Asia.

“Saya yakin situasi pasti berbeza apabila anda beraksi di halaman sendiri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 8:22 AM