JEEV   (dua dari kanan) bersama Danny (kanan) dan Nicholas (kiri) ketika sidang media di Kelab Golf Glenmarie, semalam.
JEEV (dua dari kanan) bersama Danny (kanan) dan Nicholas (kiri) ketika sidang media di Kelab Golf Glenmarie, semalam.

Shah Alam: Dua pemain profesional negara Danny Chia dan Nicholas Fung tersenarai dalam pasukan Asia menentang Eropah pada Piala EurAsia tahun depan.

Pemain nombor satu Asia Anirban Lahiri dari India, pemain Jepun Shingo Katayama dan bintang Thailand Thongchai Jaidee mengetuai cabaran benua itu pada kejohanan di Glenmarie Golf & Country Club dari 15 hingga 17 Januari ini.

Pasukan 12 pemain dinamakan oleh kapten Jeev Milkha Singh yang menggabungkan pemain ternama, bintang sedang meningkat dan pemain dengan prestasi terkini terbaik diumumkan semalam.

Anirban, Thongchai, SSP Chowrasia dari India dan Danny meraih tempat mereka sebagai empat pemain terbaik Asia dalam Senarai Merit Jelajah Asia apabila ia dimuktamadkan Ahad lalu.

Pemain Thailand Kiradech Aphibarnrat, Katayama dan dua pemain Korea Selatan K T Kim and An Byeong Hun dinamakan dalam pasukan Asia menereusi ranking dunia.

Selain itu Jeev turut memilih Nicholas, pemain China Wu Ashun, Prayad Marksaeng dari Thailand dan Wang Jeung Hun dari Korea Selatan sebagai empat pemain pilihan kapten bagi melengkapkan skuadnya menentang Eropah yang dikemudi Darren Clarke.

“Saya amat teruja dengan empat pemain pilihan saya kerana mereka memiliki kualiti pelbagai. Nicholas amat memikat dalam Jelajah Asia sejak beberapa bulan lalu dan saya percaya dia akan memberi banyak nilai kepada pasukan saya kerana dia pemain bintang tempatan,” kata Jeev.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 8:43 AM