PELAJAR Anis Nabilah Abdullah, 12, minum air ekoran cuaca panas di Kuala Terengganu semalam. FOTO Syahirah Abdullah
PELAJAR Anis Nabilah Abdullah, 12, minum air ekoran cuaca panas di Kuala Terengganu semalam. FOTO Syahirah Abdullah
Oleh Siraj Mohd Zaini


Klang: Guru Besar dan Pengetua sekolah mempunyai kuasa untuk membatalkan sebarang aktiviti di luar bilik darjah sekiranya cuaca terlampau panas yang dikaitkan dengan fenomena El Nino.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, P Kamalanathan berkata, surat pekeliling sudah diedarkan kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengenai arahan terbabit.

"Sekiranya cuaca terlalu panas, Guru Besar dan Pengetua boleh mengarahkan tiada lagi aktiviti di luar bilik darjah.

"Mereka sudah ada arahan dan sekiranya memerlukan penjelasan boleh berhubung dengan PPD untuk tindakan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata, surat pekeliling itu sama seperti yang dikeluarkan kementerian pada tahun lalu berikutan fenomena El Nino bukan baru di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 1:16 PM