GAMBAR hiasan. FOTO fail NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO fail NSTP
Mohd Nasif Badruddin


Kajang: Sebanyak 119 sekolah di Kuala Krai, Kelantan dan Jerantut, Pahang ditutup dua hari mulai esok berikutan suhu mencecah 38 darjah Celsius disebabkan fenomena El Nino.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penutupan sekolah berkenaan dibuat demi kepentingan pelajar dan murid di dua daerah terbabit.

Katanya, 41,665 pelajar dan murid terbabit dengan penutupan sekolah itu.

"Kita mengambil keputusan menutup sekolah di dua daerah terbabit berikutan cuaca panas melampau.

"Kita minta pihak sekolah tidak mengadakan aktiviti luar kelas ketika ini," katanya dalam sidang media Majlis Perjumpaan Khas Menteri Pendidikan Bersama Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di Kolej Vokasional Kajang di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2016 @ 6:32 PM