ACER Aspire R14.
ACER Aspire R14.
Oleh Afiq Hanif

(Yang mengikuti pelancaran gajet baru Acer di Taipei)

Acer meneruskan perubahan pada kaedah penggunaan laptop apabila memperkenalkan gajet baru, Aspire R14 yang monitornya boleh diubah untuk empat fungsi berbeza.

Selain penggunaan laptop biasa, ia membenarkan mod pembentangan, tablet dan paparan.

Laptop canggih ini mempunyai sambungan USB 3.1 Type C berupaya memindah data pantas sambil dibantu teknologi tanpa wayar MU-MIMO yang memperbaharui kelajuan dan kapasiti rangkaian.

Meskipun monitornya boleh dipusing sehingga 360 darjah, Acer Aspire R14 masih mempunyai rekaan yang cantik.

Ia memiliki saiz 343.8 x 245 x 18.5mm dan ditawarkan pada pilihan setoran 128GB, 256GB atau 512GB jenis SATA SSD.

Penggunaan sistem operasi Windows 10 bermakna ia mempunyai pilihan ciri Continuum yang menjadikan paparannya masih kemas dan tersusun ketika dalam mod tablet.

Laptop Acer Aspire R14 menggunakan pilihan memori sehingga 8GB dan dilengkapi pemprosesan Intel Core i7 atau i5 generasi keenam selain menggunakan grafik jenis HD Graphics 520.

Baterinya berupaya bertahan sehingga sembilan jam pada berat laptop 1.9kg. Saiz skrin pula 14 inci jenis FHD 1920 x 1080 piksel.

INFO

ACER ASPIRE R14

- Harga: Anggaran bermula RM2,865.90

- OS: Windows 10 Home 64 bit

- Skrin: 14 inci FHD 1920 x 1080

- Pemprosesan: Intel Core i7-6500U/ i5-6200U

- Memori: Sehingga 8GB

- Grafik: Intel HD Graphics 520

- Storan: 128GB/256GB/512GB SATA SSD

- Dimensi: 343.8 x 245 x 18.5mm

- Berat: 1.9kg

- Bateri: Sehingga 9 jam

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 10:13 AM