GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Ercy Gracella Ajos


Kuala Lumpur: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal membadai beberapa kawasan di Johor, Sabah dan Sarawak sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, cuaca itu di Johor diramal berlaku di Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala Sarawak membabitkan daerah Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Marudi).

Di Sabah, katanya, cuaca itu dijangka melanda kawasan pedalaman Nabawan selain Tawau dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran)

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 5:24 PM