GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
Ercy Gracella Ajos


Kuala Lumpur: Hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang diramal melanda tujuh negeri termasuk Kelantan dan Terengganu sehingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook berkata, hujan lebat dan ribut petir juga diramal di Pahang membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

Katanya, selain ibu kota dan Selangor (Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan turut menerima ramalan sama membabitkan kawasan Jelebu.

"Di Sarawak pula, hujan lebat dan ribut petir diramal melanda Miri (Marudi) dan Limbang manakala di Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran), Kudat serta Labuan.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam," katanya.

Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2023 @ 5:20 PM