GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 10 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan di Facebook, hari ini berkata, ramalan cuaca itu membabitkan Perlis,Johor dan Kuala Lumpur.

Menurut, cuaca sama turut diramal di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling di Kedah serta Hulu Perak,Perak selain Pahang membabitkan Pekan dan Rompin.

"Turut berdepan cuaca sama ialah Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat) selain Seremban, Negeri Sembilan.

"Di Sarawak, cuaca itu dijangka Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu)," katanya.

Kenyataan itu berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2023 @ 3:09 PM