GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Ercy Gracella Ajos

[email protected]

Kuala Lumpur: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal membadai tujuh negeri sehingga jam 9 malam ini.

Selain Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling), Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan ramalan cuaca sama bagi Kelantan membabitkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Katanya, di Terengganu membabitkan Marang dan Dungun manakala di Pahang (Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin).

"Di Selangor, ramalan itu diramal berlaku di dua kawasan membabitkan Gombak dan Hulu Langat selain ibu kota.

"Johor pula membabitkan Kluang dan Mersing," katanya menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, ramalan cuaca sama turut diramal di Sarawak membabitkan kawasan Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2023 @ 7:09 PM