GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nazdy Harun


Kuala Terengganu: Polis mengesan seorang lelaki yang didapati ingkar untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, lelaki yang dikesan itu adalah Mohamad Fazley Jaafar, 29, beralamat di Kampung Gelugor, Lorong 8, Kerteh, Kemaman.

Menurutnya, lelaki ingkar menghadiri perbicaraan di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu berkaitan laporan polis mengikut Seksyen 12 Akta Anti Memperdagangkan Orang Dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Katanya, waran tangkap ke atas lelaki sudah dikeluarkan oleh Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lanjut mengenai suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Zulaikha Dol@Abdul Mauluk di talian 019-9990893 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2024 @ 4:38 PM