DUA pelajar kolej swasta ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kerana disyaki tinggal bersekudukan dalam sebuah rumah di Meru Raya. FOTO Ihsan pembaca
DUA pelajar kolej swasta ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kerana disyaki tinggal bersekudukan dalam sebuah rumah di Meru Raya. FOTO Ihsan pembaca
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Ipoh: Dua pelajar kolej swasta ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) selepas disyaki bersekedudukan di sebuah rumah di Meru Raya di sini.

Difahamkan, rumah jenis apartment berkenaan disewa oleh pelajar lelaki dan dia tinggal bersama seorang perempuan yang bukan mahramnya di rumah itu.

Susulan penahanan itu, kedua pelajar berkenaan kemudiannya dibawa ke pejabat JAIPk untuk disoal siasat.

Sementara itu, Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua pelajar itu.

"Benar. Kedua-dua (mereka adalah) pelajar kolej," katanya ringkas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 4:10 PM