Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan arahan kepada semua masjid di negeri ini supaya melaksanakan solat hajat atau solat istisqa (solat meminta hujan) berikutan cuaca terlalu panas yang melanda mutakhir ini.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, notis arahan berbentuk memo itu bakal dikeluarkan dalam waktu terdekat khususnya apabila cuaca terlalu panas itu masih berterusan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

"Mungkin esoknsaya akan keluarkan surat dan kalau pada hari Selasa atau Rabu ini keadaan cuaca masih lagi begini (panas ekstrem), maka kita akan teruuskan dengan solat itu sebaik-baiknya pada Jumaat ini.

"Tatacara solat sunat istisqa agak berlainan kerana kena buat di kawasan lapang seperti padang selain disunatkan berpakaian lusuh atau pakaian yang tidak menzahirkan kegembiraan," katanya sewaktu ditemui pemberita pada program Majlis Sambutan Aidilfitri 2023 anjuran JAIPk di Masjid Cin (Masjid Muhammadiah), di sini, hari ini.

Selain Perak, Kelantan turut menyeru rakyatnya untuk menunaikan solat hajat berikutan cuaca terlalu panas.

HARITH Fadzilah Abdul Halim  pada Majlis Sambutan Aidilfitri 2023 anjuran JAIPK. FOTO L Manimaran
HARITH Fadzilah Abdul Halim pada Majlis Sambutan Aidilfitri 2023 anjuran JAIPK. FOTO L Manimaran

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2023 @ 12:10 PM