KELUARGA Bella tiba di Kompleks Mahkamah Batu Pahat. FOTO Alias Abd Rani
KELUARGA Bella tiba di Kompleks Mahkamah Batu Pahat. FOTO Alias Abd Rani
Alias Abd Rani


Batu Pahat: Perkarangan Kompleks Mahkamah Batu Pahat di sini, kembali 'meriah' pagi ini dengan kehadiran orang ramai bagi melihat perkembangan terkini sebutan semula kes pembunuhan Bella.

Ketika ini, mahkamah dipenuhi ahli keluarga Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32. Mereka menanti seawal 8 pagi.

Tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, tiba di mahkamah dengan kawalan ketat pasukan polis pada 8.10 pagi.

Turut kelihatan di perkarangan mahkamah, ibu kepada Bella, Noraini Salleh, 55; kakak, Norhisham, 36; dan juga bapa saudaranya, Nor Azhar Jamil, 55.

Turut kelihatan, keluarga kepada Mohammad Haikal.

Mohammad Haikal dihadapkan ke mahkamah sebelum ini atas pertuduhan membunuh Bella mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bekas posmen itu ditahan pada 19 Disember lalu sebelum didakwa atas kesalahan membunuh Bella yang juga teman wanitanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Februari 2024 @ 9:52 AM