KANAK-KANAK ditemui oleh abang kandung kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa lemas di sungai Tabanak, Lahad Datu.
KANAK-KANAK ditemui oleh abang kandung kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa lemas di sungai Tabanak, Lahad Datu.
Juwan Riduan


Lahad Datu: Dua kanak-kanak yang mandi di sungai Kampung Tabanak, di sini, ditemui lemas pagi tadi.

Nur Naufal Iqbal Mohammed Nizam, 11, disahkan meninggal dunia kira-kira 4 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Manakala Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemui oleh abang kandungnya, jam 11.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.39 petang, semalam.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama tiga jentera termasuk bot penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Operasi turut dibantu oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu.

"Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumkan terdapat dua orang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas melakukan aktiviti mandi di sungai berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 1:01 PM