ANTARA penduduk yang ditempatkan di PPS di Debak, Betong. FOTO Ihsan JPBN Sarawak
ANTARA penduduk yang ditempatkan di PPS di Debak, Betong. FOTO Ihsan JPBN Sarawak
Mohd Roji Kawi

Kuching: Jumlah penduduk yang dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, pagi ini meningkat kepada 441 orang berbanding 362, petang semalam.

Daripada jumlah itu, 27 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Assyakirin, Bintulu yang dibuka sejak Khamis lalu untuk menempatkan mangsa ribut dari Iris Garden dan Pine Court, Bintulu.

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS iaitu satu di Tatau, Bintulu dan satu di Debak, Betong pula meningkat, manakala satu PPS lagi kekal.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Muput menempatkan 55 mangsa banjir (27 keluarga) dari Rumah Panjang Steven, Tatau, manakala 141 mangsa (39 keluarga) dari Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu menghuni PPS Dewan Millenia Debak.

Sementara itu, penghuni PPS Dewan Perpaduan Debak dari kampung sama meningkat kepada 218 orang (70 keluarga), berbanding 142 orang (39 keluarga) semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2024 @ 9:29 AM