GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Lima individu termasuk dua kakitangan bank sudah ditahan setakat hari ini selepas disyaki bertindak sebagai 'orang dalam' dan bersubahat dengan sebuah sindiket bagi mengeluarkan wang tunai bernilai RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, setakat ini dua pegawai bank dan tiga individu lain sudah ditahan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan seorang kakitangan sebuah bank ditahan selepas disyaki bertindak sebagai 'orang dalam' dan bersubahat dengan sebuah sindiket bagi mengeluarkan wang tunai bernilai RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.

Ramli dilaporkan berkata, pihaknya menerima empat laporan pada awal Jun memaklumkan berlakunya pengeluaran yang mencurigakan.

Menurutnya, laporan dibuat mangsa dan kakitangan bank terbabit di Petaling Jaya, Selangor mendakwa berlaku pengeluaran secara tunai di Kota Kinabalu, Sabah membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.

Dalang sindiket 'lesap' RM24.2 juta dari akaun simpanan ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 11:09 AM