PEMAIN tenis Rusia, Liudmila Samsonova juarai Terbuka Libema. FOTO Agensi
PEMAIN tenis Rusia, Liudmila Samsonova juarai Terbuka Libema. FOTO Agensi
Reuters

Belanda: Pemain tenis Rusia, Liudmila Samsonova memenangi gelaran pertamanya musim ini dengan dia memerlukan tiga set untuk menoktahkan kejuaraan menjadi miliknya di Terbuka Libema, semalam.

Dalam aksi final itu, Samsonova bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Bianca Andreescu dari Kanada 4-6, 6-3, 7-5 dan kemenangan ini adalah gelaran profesional WTA kelima untuk Samsonova.

Walaupun Andreescu berjaya mengejutkan pemain ternama, Dalma Galfi dari Hungary di separuh akhirnya sebelum ini, Samsonova ternyata lebih unggul untuk menewaskannya.

Begitupun Andreescu mendahului awal dalam set pertama, namun Samsonova kembali dengan cemerlang dalam set kedua dengan mendahului 3-0.

Dalam set penentuan, Andreescu memerlukan rawatan untuk membalut bahagian atas kaki kirinya yang cedera dan kesempatan itu dimanfaatkan sebaiknya oleh Samsonovakekal untuk menamatkan cabaran lawannya.

Untuk rekod, Samsonova mencatatkan 36 pukulan tepat berbanding 18 bagi Andreescu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 12:12 PM