Nenek dan cucu perempuan yang sesat di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu berjaya diselamatkan pasukan penyelamat hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Nenek dan cucu perempuan yang sesat di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu berjaya diselamatkan pasukan penyelamat hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Nenek bersama cucu perempuan berusia 12 tahun yang sesat di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu, di sini, ketika dalam perjalanan ke kebun durian mereka berjaya diselamatkan pasukan penyelamat, hari ini.

Mangsa berusia 62 tahun bersama kanak-kanak perempuan berjaya ditemui pada 9.30 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan 8 pagi.

"Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digerakkan dalam operasi ini dan dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Orang Asli.

"Berdasarkan maklumat daripada waris, lokasi mangsa berjaya dikesan melalui panggilan telefon.

"Anggota penyelamat dalam perjalanan ke lokasi mangsa yang mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan daripada check point pertama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 11:45 AM