ZAHARI ketika ditemubual media. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
ZAHARI ketika ditemubual media. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Datuk kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, menolak pembunuhan cucunya disebabkan masalah dendam.

Zahari Mohd Reba, 55, berkata, anak lelakinya Zaim Ikhwan dan menantunya, Ismanira Abdul Manaf baru sahaja menetap di Apartment Idaman kira-kira tiga tahun dan tidak berdendam dengan sesiapa.

"Anak saya baru duduk sini lebih kurang tiga tahun. Rutin harian mereka pergi kerja, balik kerja. Hanya jiran depan rumah yang kenal dia, yang lain saya tidak tahu... apa hubungan (related) mereka nak berdendam dengan sesiapa," katanya.

Zahari ditemui ketika dia bersama isteri dan ibu bapa Zayn Rayyan ke kediaman pasangan itu di Apartment Idaman, hari ini.

Bercerita lanjut, Pengurus Produksi itu berkata, Zayn Rayyan, tidak pernah dibiarkan bersendirian sebaliknya akan sentiasa ditemani oleh ibunya, Ismanira.

"Antara lokasi kegemaran cucu itu ialah di taman permainan bersebelahan dengan blok kediaman keluarganya," katanya.

Zahari turut menafikan cucunya itu didera seperti didakwa sesetengah pihak kerana Zayn Rayyan sangat akrab dengan keluarga.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

Berita berkaitan:

Pakaian Zayn Rayyan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis

Keterangan belum cukup untuk kesan dalang

Laporan bedah siasat Zayn tidak boleh didedahkan kepada umum

Polis tunggu pemilik dashcam tampil bantu kes bunuh Zayn Rayyan

Polis dah rekod keterangan 20 orang

Polis dah periksa tiga blok perumahan

Tiada tanda Zayn Rayyan didera - Polis

Kesan cap jari, DNA diharap beri petunjuk

Polis terbangkan dron, kesan bukti, laluan tikus

Polis dapatkan maklumat lanjut daripada ibu bapa Zayn Rayyan

Kronologi kes Zayn Rayyan

Siasatan kes Zayn Rayyan turut tumpu kawasan perumahan

Polis cari bahan bukti baru di lokasi Zayn Rayyan ditemui mati

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri - Polis

Ada kesan jerut pada leher Zayn Rayyan, mungkin mati di tempat lain

Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Zayn Rayyan

Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Zayn Rayyan dibunuh

'Saya tidak sangka ia berakhir macam ini' - Ibu Zayn

Polis rakam keterangan saksi, keluarga, jiran

Dua kali polis cari di kawasan anak sungai

'Allah gerakkan hati saya cari di situ, nampak dia terbaring mengiring'

Tangisan, laungan Allahuakbar iringi penemuan Zayn Rayyan

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2023 @ 1:55 PM