POLIS memeriksa kediaman di blok yang berhampiran lokasi Zayn Rayyan ditemui. FOTO Eizairi Shamsudin.
POLIS memeriksa kediaman di blok yang berhampiran lokasi Zayn Rayyan ditemui. FOTO Eizairi Shamsudin.
Nor Azizah Mokhtar


Petaling Jaya: Polis malam tadi melakukan pemeriksaan di beberapa unit kediaman di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, dipercayai bagi mencari petunjuk baharu dalam kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pemeriksaan dijalankan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya serta Unit Forensik Bukit Aman.

Katanya, unit rumah yang diperiksa itu terletak di blok lain daripada Blok R yang menempatkan kediaman keluarga mangsa dan berhampiran lokasi Zayn Rayyan ditemukan.

"Setakat ini, proses mengesan petunjuk baharu sedang giat dilakukan dan masih belum ada mana-mana suspek ditahan," katanya hari ini.

Terdahulu, pasukan polis bersama Unit Forensik tiba di Apartmen Idaman pada 6.26 petang sebelum dilihat meninggalkan lokasi pada 7.34 malam.

Mengulas mengenai tahap keselamatan di Apartmen Idaman pada masa ini, Fakhrudin berkata, pihak polis sentiasa membuat kawalan dan meminta penduduk tidak perlu gusar.

Katanya, pertemuan antara polis bersama penduduk akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi menjelaskan situasi terkini keselamatan di kawasan berkenaan.

Terdahulu, polis dilapor memperoleh petunjuk dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan yang terarah kepada seorang suspek.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ia berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan ditemui pada tubuh kanak-kanak austisme berusia enam tahun itu.

Berita berkaitan:

Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan jadi tumpuan polis

Polis dah ambil keterangan 48 individu

4 beg kertas dibawa keluar pasukan forensik

Polis periksa stor berhampiran lokasi

Polis dah ambil 228 sampel DNA

Pakaian Zayn Rayyan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis

Keterangan belum cukup untuk kesan dalang

Laporan bedah siasat Zayn tidak boleh didedahkan kepada umum

Polis tunggu pemilik dashcam tampil bantu kes bunuh Zayn Rayyan

Polis dah rekod keterangan 20 orang

Polis dah periksa tiga blok perumahan

Tiada tanda Zayn Rayyan didera - Polis

Kesan cap jari, DNA diharap beri petunjuk

Polis terbangkan dron, kesan bukti, laluan tikus

Polis dapatkan maklumat lanjut daripada ibu bapa Zayn Rayyan

Kronologi kes Zayn Rayyan

Siasatan kes Zayn Rayyan turut tumpu kawasan perumahan

Polis cari bahan bukti baru di lokasi Zayn Rayyan ditemui mati

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri - Polis

Ada kesan jerut pada leher Zayn Rayyan, mungkin mati di tempat lain

Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Zayn Rayyan

Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Zayn Rayyan dibunuh

'Saya tidak sangka ia berakhir macam ini' - Ibu Zayn

Polis rakam keterangan saksi, keluarga, jiran

Dua kali polis cari di kawasan anak sungai

'Allah gerakkan hati saya cari di situ, nampak dia terbaring mengiring'

Tangisan, laungan Allahuakbar iringi penemuan Zayn Rayyan

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2023 @ 12:19 AM