RAFIZI, gambar fail. FOTO Bernama
RAFIZI, gambar fail. FOTO Bernama
Siti Aminah Mohd Yusof


Nibong Tebal: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berpandangan penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' di Putrajaya hari ini berhak mengadakan protes.

Beliau secara berseloroh turut berkata, bahkan tiada masalah jika kumpulan itu mahu berhimpun sebagai tanda protes di hadapan kucingnya.

Namun beliau mengingatkan, negara mempunyai undang-undang dan soal kepatuhan terhadapnya menjadi kewajipan kepada sesiapa sahaja.

"Siapa nak protes hak masing-masing kita ada undang-undang dan soal kepatuhan adalah kewajipan kepada sesiapa yang nak melakukan sesuatu dan ia perlu diuruskan pihak berkuasa.

"Sebagai anggota pentadbiran Kerajaan Madani saya berasakan itu hak masing-masing, dia nak protes depan kucing saya pun bolehlah protes tiada masalah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dilaporkan berkata kumpulan itu bersedia mengadakan perhimpunan pusingan kedua di Parlimen Tambun sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertindak ke atas lapan tuntutan yang dikemukakan mereka.

Terdahulu, peserta perhimpunan berbaju hitam itu berhimpun di kawasan letak kenderaan pekarangan Kompleks Seri Perdana di sini, mulai 4 petang tadi sebelum bersurai kira-kira

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 8:47 PM