KEDIAMAN keluarga Zayn Rayyan di Apartment Idaman, Damansara Damai. FOTO Sadiq Rani
KEDIAMAN keluarga Zayn Rayyan di Apartment Idaman, Damansara Damai. FOTO Sadiq Rani
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Polis mengambil keterangan 28 lagi individu bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini jumlah keseluruhan yang sudah direkod keterangan adalah 48 orang.

"Mereka yang diambil keterangan terdiri daripada dua ibu bapa, seorang guru serta 45 penduduk, jiran dan saksi bebas.

"Terbaharu, kira-kira 28 orang daripada kalangan jiran dan saksi turut diambil keterangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Apabila ditanya sama ada pihaknya akan mengambil keterangan individu lain, beliau berkata, ia bergantung kepada keperluan.

Dalam pada itu, Hussein berkata, pihaknya masih menunggu keputusan analisis daripada Jabatan Kimia berkaitan cap jari asid deoksiribonukleik (DNA) termasuk pakaian milik Zayn Rayyan ketika ditemukan.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

Berita berkaitan:

4 beg kertas dibawa keluar pasukan forensik

Polis periksa stor berhampiran lokasi

Polis dah ambil 228 sampel DNA

Pakaian Zayn Rayyan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis

Keterangan belum cukup untuk kesan dalang

Laporan bedah siasat Zayn tidak boleh didedahkan kepada umum

Polis tunggu pemilik dashcam tampil bantu kes bunuh Zayn Rayyan

Polis dah rekod keterangan 20 orang

Polis dah periksa tiga blok perumahan

Tiada tanda Zayn Rayyan didera - Polis

Kesan cap jari, DNA diharap beri petunjuk

Polis terbangkan dron, kesan bukti, laluan tikus

Polis dapatkan maklumat lanjut daripada ibu bapa Zayn Rayyan

Kronologi kes Zayn Rayyan

Siasatan kes Zayn Rayyan turut tumpu kawasan perumahan

Polis cari bahan bukti baru di lokasi Zayn Rayyan ditemui mati

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri - Polis

Ada kesan jerut pada leher Zayn Rayyan, mungkin mati di tempat lain

Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Zayn Rayyan

Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Zayn Rayyan dibunuh

'Saya tidak sangka ia berakhir macam ini' - Ibu Zayn

Polis rakam keterangan saksi, keluarga, jiran

Dua kali polis cari di kawasan anak sungai

'Allah gerakkan hati saya cari di situ, nampak dia terbaring mengiring'

Tangisan, laungan Allahuakbar iringi penemuan Zayn Rayyan

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2023 @ 6:23 PM