Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi dan Suhanna Iskandar


Petaling Jaya: Polis turun semula ke lokasi kejadian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemui mati di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Difahamkan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Bukit Aman tiba 9.30 pagi, hari ini dan memulakan proses pencarian bahan bukti yang dapat membantu siasatan pembunuhan Zyan Rayyan.

Proses pencarian turut diperluaskan bukan sekadar di lokasi penemuan mangsa malah turut dilakukan melalui saliran air kira-kira 600 meter berhampiran apartment terbabit.

Media turut berkumpul di lokasi penemuan mayat bagi membuat laporan terkini perkembangan siasatan.

ANGGOTA polis mencari bahan bukti baru di lokasi kejadian. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
ANGGOTA polis mencari bahan bukti baru di lokasi kejadian. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan, 6, ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam kelmarin.

ANGGOTA polis mencari bahan bukti baru di lokasi kejadian. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
ANGGOTA polis mencari bahan bukti baru di lokasi kejadian. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi

Berita berkaitan:

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri - Polis

Ada kesan jerut pada leher Zayn Rayyan, mungkin mati di tempat lain

Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Zayn Rayyan

Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Zayn Rayyan dibunuh

'Saya tidak sangka ia berakhir macam ini' - Ibu Zayn

Polis rakam keterangan saksi, keluarga, jiran

Dua kali polis cari di kawasan anak sungai

'Allah gerakkan hati saya cari di situ, nampak dia terbaring mengiring'

Tangisan, laungan Allahuakbar iringi penemuan Zayn Rayyan

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2023 @ 11:18 AM