AYOB Khan (dua, kiri) bercakap ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM bersama UKM. FOTO Bernama
AYOB Khan (dua, kiri) bercakap ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM bersama UKM. FOTO Bernama
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin meskipun tiada petunjuk baharu setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak akan menghentikan siasatan walaupun tiada perkembangan.

"Polis masih menjalankan siasatan, kita tidak pernah menghentikan (siasatan).

"Jika ada perkembangan baharu yang boleh dikongsikan kita akan kongsi, setakat ini tiada perkembangan baharu," katanya ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bukit Aman hari ini.

AYOB Khan Mydin Pitchay (tiga, kiri), menyerahkan replika cek kepada Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman (tiga, kanan), ketika Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM bersama UKM. Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din (dua, kiri). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
AYOB Khan Mydin Pitchay (tiga, kiri), menyerahkan replika cek kepada Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman (tiga, kanan), ketika Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM bersama UKM. Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din (dua, kiri). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklum balas daripada Polis Antarabangsa (INTERPOL) berkaitan semakan pangkalan data berhubung beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

Bagaimanapun, menurutnya, maklum balas berkenaan hanya berkaitan maklumat umum berkaitan kes berkenaan.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Disember tahun lalu di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya.

Bagaimanapun siasatan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan mangsa.

Pada 23 Disember lalu, media melaporkan, polis meminta bantuan INTERPOL dalam semakan pangkalan data berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

Hussein turut dilaporkan berkata, fokus siasatan polis kini adalah untuk mengesan 'prime crime scene' atau tempat kejadian jenayah pertama di mana lokasi sebenar Zayn Rayyan dibunuh.

"Seperti yang kita maklumkan, tempat mayatnya ditemui itu adalah 'second crime scene' (tempat jenayah kedua) dan kita biasanya kurang dapat keterangan fizikal yang boleh dikaitkan dengan penjenayah," katanya.

Setakat ini, pihak polis merakam keterangan 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) individu.

Berita berkaitan:

Kes bunuh Zayn Rayyan jadi tumpuan 2023

Polis minta bantuan Interpol

Zayn masih hidup pada jam 5 petang, 5 Disember

Lakonan semula di lokasi berdasar keterangan dua saksi kanak-kanak

Polis kesan dua kanak-kanak yang nampak Zayn Rayyan di Blok R

Polis jumpa stoking dalam kolam

Polis ambil barangan dari Blok R untuk dianalisa

Polis cari bukti di sekitar Blok R

Selesai periksa rumah, polis bawa keluar dua kotak

Polis periksa setiap rumah di Blok R, kumpul bukti kes Zayn Rayyan

Forensik terus siasat Blok R

Unit K9 buat pemeriksaan sekali lagi

Polis kesan pergerakan hasil analisa 'dashcam'

Air kolam takungan disedut

Polis periksa rumah berhampiran lokasi Zayn Rayyan ditemui

Petunjuk menjurus kepada seorang individu, mayat dibuang waktu hujan lebat

Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan jadi tumpuan polis

Polis dah ambil keterangan 48 individu

4 beg kertas dibawa keluar pasukan forensik

Polis periksa stor berhampiran lokasi

Polis dah ambil 228 sampel DNA

Pakaian Zayn Rayyan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis

Keterangan belum cukup untuk kesan dalang

Laporan bedah siasat Zayn tidak boleh didedahkan kepada umum

Polis tunggu pemilik dashcam tampil bantu kes bunuh Zayn Rayyan

Polis dah rekod keterangan 20 orang

Polis dah periksa tiga blok perumahan

Tiada tanda Zayn Rayyan didera - Polis

Kesan cap jari, DNA diharap beri petunjuk

Polis terbangkan dron, kesan bukti, laluan tikus

Polis dapatkan maklumat lanjut daripada ibu bapa Zayn Rayyan

Kronologi kes Zayn Rayyan

Siasatan kes Zayn Rayyan turut tumpu kawasan perumahan

Polis cari bahan bukti baru di lokasi Zayn Rayyan ditemui mati

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri - Polis

Ada kesan jerut pada leher Zayn Rayyan, mungkin mati di tempat lain

Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Zayn Rayyan

Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Zayn Rayyan dibunuh

'Saya tidak sangka ia berakhir macam ini' - Ibu Zayn

Polis rakam keterangan saksi, keluarga, jiran

Dua kali polis cari di kawasan anak sungai

'Allah gerakkan hati saya cari di situ, nampak dia terbaring mengiring'

Tangisan, laungan Allahuakbar iringi penemuan Zayn Rayyan

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2024 @ 12:02 PM