Muhaamad Hafis Nawawi dan Suhanna Iskandar

Sungai Buloh: Keluarga masih lagi menunggu keputusan bedah siasat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 yang dijalankan di unit Forensik Hospital Sungai Buloh.

Bapanya, Zaim Ikhwan Zahari, 28, berkata, sebaik selepas proses bedah siasat jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Menurutnya, urusan pengebumian bagaimanapun masih bergantung kepada pihak hospital dan keputusan laporan bedah siasat.

"Kami bercadang untuk melakukan solat jenazah di Masjid Damansara Damai dan akan mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9 Kota Damansara.

"Bagaimanapun kami belum pasti lagi sebab ia bergantung kepada pihak hospital," katanya yang ditemui di Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Media setakat ini sedang berkumpul di luar pekarangan bilik Forensik Hospital Sungai Buloh.

AHLI keluarga Zayn Rayyan menunggu proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi.
AHLI keluarga Zayn Rayyan menunggu proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2023 @ 11:59 AM