GAMBAR  hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhamad Lokman Khairi


Teluk Intan: Mangsa banjir di Perak berkurang dengan 230 orang daripada 68 keluarga di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, petang ini berbanding 269 orang daripada 80 keluarga di tujuh PPS di empat daerah, 8 pagi tadi.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak setakat 4 petang menunjukkan, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gerik di Hulu Perak ditutup pada 2 petang selepas kesemua 24 orang dibenarkan pulang.

Hilir Perak masih menjadi daerah paling terjejas dengan 127 mangsa di dua PPS, diikuti Kerian (80 orang di dua PPS) dan Kinta (23 mangsa di dua PPS).

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong dekat mencecah 3.77 meter (m) melepasi paras bahaya 3.50m.

Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang pula berada pada paras amaran apabila merekodkan bacaan 14.03m.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2023 @ 5:43 PM