TELUK INTAN 28 DISEMBER 2022. Mangsa banjir di Lorong Mesra pulang ke rumah selepas beberapa hari bermalam di PPS. STR/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.
TELUK INTAN 28 DISEMBER 2022. Mangsa banjir di Lorong Mesra pulang ke rumah selepas beberapa hari bermalam di PPS. STR/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.
Muhamad Lokman Khairi


Teluk Intan: Bilangan mangsa banjir di Perak menurun jam 8 pagi ini apabila sejumlah 35 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak.

Berdasarkan laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, jumlah itu berkurang berbanding jam 6 petang semalam dengan 43 mangsa daripada sembilan keluarga direkodkan membabitkan daerah sama.

Hilir Perak menjadi daerah tunggal terjejas banjir di negeri ini. Semua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib. Mereka terdiri daripada penduduk Lorong Mesra, Kampung Batu 7 ½ dan Kampung Batu 7.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2022 @ 8:23 AM