TIGA penghuni cedera ringan dalam kebakaran awal pagi hari ini. FOTO Ihsan Bomba
TIGA penghuni cedera ringan dalam kebakaran awal pagi hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Tiga cedera ringan selepas ruang penyimpanan kasut di sebuah rumah di Blok B KL Traders Square, Jalan Gombak, di sini, terbakar awal pagi, hari ini.

Komander Operasi Rozaidi Mat Isa berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima terima panggilan kecemasan pada 1.16 pagi dan pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Gombak Selatan, BBP Sentul dengan kekuatan 21 anggota dihantar ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba didapati kebakaran membabitkan ruangan tempat penyimpanan kasut di hadapan rumah yang terbakar sebanyak 50 peratus.

"Seramai lapan penghuni berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

"Seramai tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur ( HKL)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 10:01 AM