Faizul Azlan Razak


Marang: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberi jaminan kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa, walaupun tanpa pembangkang.

Beliau berkata, walaupun tidak ada pembangkang, ahli-ahli dewan undangan negeri boleh menasihati termasuk rakyat sendiri.

"Kita akan galakkan budaya nasihat termasuk daripada rakyat sendiri boleh mengkritik kerajaan.

"Malah, suka dimaklumkan bahawa walaupun tidak ada pembangkang, ahli-ahli dewan boleh mengkritik dan memberi teguran," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila di sini, malam tadi,

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menzahirkan terima kasih kepada semua pengundi Perikatan Nasional (PN) kerana memberi kemenangan kepada tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, kemenangan itu juga hasil daripada kebangkitan semua terutama anak-anak muda.

"Malah, saya lebih berbangga apabila bukan sahaja kekal memerintah Terengganu, malah berjaya menyapu bersih semua 32 kerusi Dun dan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

"PN juga bukan saja berjaya mengekalkan Kelantan dan Kedah, malah kejayaan diberikan rakyat dengan kemenangan besar kali ini.

"Walaupun kita gagal menawan tiga lagi negeri, tetapi apa yang membanggakan kita apabila ada pertambahan kerusi di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan," katanya.

Berita berkaitan:

Sejarah tercipta di Terengganu, tiada pembangkang dalam kerajaan negeri

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2023 @ 8:23 AM
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semasa sidang media di Dewan Tok Guru, Rusila selepas Perikatan Nasional (PN) Terengganu menang di kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk satu kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan (PRK) kali ini. FOTO GHAZALI KORI
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semasa sidang media di Dewan Tok Guru, Rusila selepas Perikatan Nasional (PN) Terengganu menang di kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk satu kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan (PRK) kali ini. FOTO GHAZALI KORI