AHMAD Samsuri berjaya mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang untuk penggal kedua. FOTO Ghazali Kori
AHMAD Samsuri berjaya mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang untuk penggal kedua. FOTO Ghazali Kori
Nazdy Harun


Marang: Kerajaan Persekutuan dan negeri masing-masing harus menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berlapang dada dan menambah baik kerjasama antara negeri dan pusat.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bab ini akan perincikan.

"Jadi perincian itu disebut setelah kita membentuk kabinet di peringkat negeri dan tentulah akan ada majlis (pertemuan) bersama pihak awam.

"Pada saya tidak ada masalah sebab semua bentuk kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan adalah termaktub dalam jadual 9 dibawah bidang kuasa masing-masing," katanya.

Beliau ditemui di Dewan Tok Guru, Rusila, selepas Majlis Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini, malam tadi.

Ahmad Samsuri berkata, mereka sangat terbuka dan berlapang dada berhubung dengan kerajaan Persekutuan dalam apa jua isu apa jua perkara.

"Sebagaimana apa yang termaktub dalam perlembagaan jadi kita mengharapkan perkara yang sama di pihak kerajaan pusat untuk turut berlapang dada dan menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat negeri Terengganu.

Berita berkaitan:

Sejarah tercipta di Terengganu, tiada pembangkang dalam kerajaan negeri

Keputusan Rasmi PRN Terengganu, PRK Kuala Terengganu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2023 @ 11:05 AM