Lukanisman bersama-sama tetamu kehormat lain merakamkan gambar dengan para guru dan pelajar yang menyertai Projek Intervensi C-HAT di Sekolah Kebangsaan St Thomas. FOTO MELVIN JONI
Lukanisman bersama-sama tetamu kehormat lain merakamkan gambar dengan para guru dan pelajar yang menyertai Projek Intervensi C-HAT di Sekolah Kebangsaan St Thomas. FOTO MELVIN JONI
Melvin Joni


Kuching: Sebanyak 343 kes batuk kokol dilapor di seluruh negara dengan 24 kematian, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata,daripada jumlah itu, 173 kes membabitkan bayi berusia di bawah lima bulan.

"Di sini kita dapat melihat perlunya ada kesedaran untuk melaksana vaksinasi kepada bayi secara lengkap," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Kick-Off Projek Intervensi C-HAT di Sekolah Kebangsaan St Thomas, di sini hari ini.

Lukanisman berkata, di Sarawak sebanyak 11 kes dilapor dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Katanya, empat kes direkod di Kapit, tiga di Miri, dua di Bintulu dan satu masing-masing di Kuching dan Sibu.

"Setakat ini di Sarawak, kita tidak menerima kes yang agak kritikal dan ia masih dalam keadaan terkawal.

"Kesemua kes adalah ringan dan stabil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Ogos 2023 @ 5:33 PM