ANGGOTA penguatkuasa melaksanakan Operasi Perobohan Penempatan Tidak Sah (Ops Roboh) di tanah milik kerajaan. FOTO Bernama

BERNAMA

Labuan: Kerajaan tempatan merobohkan struktur rumah haram di luar skim penempatan pelarian warga Filipina Kampung Muslim, di sini, hari ini.

Operasi bersepadu diketuai Jabatan Tanah dan Galian Labuan itu bertujuan menangani kebimbangan berhubung keselamatan, kebersihan, kecurian elektrik dan kesahan struktur tersebut.

Pengarah jabatan itu Abdul Basit Abdul Latif berkata sebanyak 34 premis haram didiami kira-kira 300 individu dirobohkan dengan kerjasama polis dan Perbadanan Labuan.

"Pegawai kerajaan tempatan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang dan penduduk di skim penempatan itu telah merancang dan melaksanakan perobohan itu dengan teliti.

"Operasi itu dijalankan dengan rasa sensitiviti yang tinggi terhadap kesusahan penduduk, memastikan hak dan maruah mereka diutamakan sepanjang proses itu," katanya kepada Bernama selepas operasi itu.

Abdul Basit berkata, struktur haram itu dibina di atas tanah kerajaan, menjadikan ia pencerobohan.

"Kami mengeluarkan notis untuk mengosongkan kawasan itu pada Disember 2022, tetapi nampaknya mereka tidak mempedulikan notis tersebut, sikap tidak ambil endah itu mendorong kami untuk melaksanakan perobohan hari ini," katanya.

ANGGOTA penguatkuasa melaksanakan Operasi Perobohan Penempatan Tidak Sah (Ops Roboh) di tanah milik kerajaan. FOTO Bernama
ANGGOTA penguatkuasa melaksanakan Operasi Perobohan Penempatan Tidak Sah (Ops Roboh) di tanah milik kerajaan. FOTO Bernama

Katanya langkah perobohan itu menunjukkan betapa sulitnya menangani isu antara kemanusiaan dan menegakkan undang-undang serta standard keselamatan.

"Fasa perobohan seterusnya akan diadakan di Kg Saguking Gersik, di mana struktur haram telah dinaikkan di bahagian-bahagian spesifik kawasan di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)," katanya.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara Labuan Mohd Hafiez Mohd Daud berkata, penempatan pelarian sementara itu terletak di Kg Muslim, merupakan rumah kepada individu dan keluarga yang terpaksa menyelamatkan diri daripada konflik dan penderitaan di negara jiran.

"Bagaimanapun, setelah beberapa lama, beberapa struktur muncul tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

"Struktur ini bukan sahaja berbahaya kepada orang yang mendiaminya, tetapi juga memberi cabaran kepada perancangan infrastruktur dan kesejahteraan komuniti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2023 @ 6:47 PM