DBKL menjalanka Operasi Tindakan Bersepadu Roboh Struktur di ‘Perkampungan Rohingya’ di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, semalam. FOTO Ihsan DBKL.
DBKL menjalanka Operasi Tindakan Bersepadu Roboh Struktur di ‘Perkampungan Rohingya’ di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, semalam. FOTO Ihsan DBKL.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Perkampungan Rohingya di Sentul, di sini yang digempur pihak berkuasa baru-baru ini sudah diratakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Penempatan mempunyai kira-kira 27 rumah setinggan, tiga kedai runcit dan sebuah surau dirobohkan kerana dibina secara haram di atas tanah milik DBKL.

Tinjauan Harian Metro mendapati kawasan itu kini tinggal sisa tapak perumahan haram yang kini sudah menjadi ibarat 'padang jarak, padang tekukur'.

Masih kelihatan segelintir warga asing dan tempatan berkeliaran di kawasan itu bagi mengutip sisa besi buruk dan barangan lusuh.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, pihaknya melaksanakan Operasi Tindakan Bersepadu Roboh Struktur Bersama Pasukan Agensi Sahabat di Lot 201224, Tanah Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, di sini bermula 9.30 pagi semalam.

Terdahulu Harian Metro melaporkan penduduk di perkampungan haram itu mula berkemas untuk berpindah ke penempatan lain selepas kawasan yang tular itu diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Sebelum itu seramai 124 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang mendiami penempatan haram itu ditahan dalam operasi bersepadu JIM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Jun 2024 @ 2:58 PM