Muhamad Shaifullah Tayep

KUALA LUMPUR: Selepas selesai bergabung sejak Disember tahun lalu, syarikat telekomunikasi CelcomDigi membuktikan mereka mampu menjadi pemain utama rangkaian 4G/5G dalam menyediakan pengalaman Internet lebih baik untuk pelanggannya.

Terbaharu, rangkaian gabungan CelcomDigi diiktiraf sebagai rangkaian terpantas dan terluas di Malaysia apabila syarikat berkenaan merangkul 12 anugerah dalam 11 kategori Opensignal termasuk berkongsi tempat pertama bagi kategori 'Kelajuan Muat Naik 5G'.

Secara keseluruhan, CelcomDigi berjaya membawa pulang 12 anugerah. 

Penganugerahan ini menunjukkan CelcomDigi sentiasa berusaha untuk menyediakan rangkaian yang terbaik untuk memastikan semua pelanggannya kekal terhubung.

Ini juga selari dengan komitmen syarikat untuk memastikan pengguna sentiasa mendapat pengalaman terbaik dari segi kelajuan muat turun, permainan dalam talian, penstriman video serta aplikasi suara.

Bagi meningkatkan kualiti servis dan pengalaman pengguna, CelcomDigi melancarkan usaha mengintegrasi dan memodenkan kedua rangkaiannya untuk membina satu rangkaian digital yang kukuh, terluas dan paling moden di negara kita merentasi 18,000 tapak. 

Melalui usaha mengoptimumkan penggunaan tapak rangkaian, CelcomDigi dapat mencapai spektrum yang lebih tinggi dan kini pengguna Celcom dan Digi, masing-masing dapat menikmati servis indoor coverage dan sambungan Internet yang lebih baik di setiap sudut kediaman mereka. 

Apabila inisiatif integrasi dan pemodenan rangkaian ini selesai, ia akan meningkatkan capaian rangkaian daripada 96 peratus kepada 98 peratus di kawasan berpopulasi di seluruh negara.

Ini membuktikan pelanggan CelcomDigi dapat menikmati kualiti pengalaman Internet yang lebih baik dengan sambungan yang lebih efisien dan 10 kali pantas. Malah, pelanggan juga boleh menggunakan pelbagai peranti digital dengan lancar serta servis dari tiga bar dan ke atas.

Akses Internet dan rangkaian yang lebih pantas dan stabil penting bagi memudahkan pelanggan menjalani gaya hidup digital dan melakukan aktiviti harian dalam talian sama ada hiburan, permainan, urusan kerja, pendidikan dan banyak lagi tanpa gangguan.

Bagi memenuhi permintaan digital yang kian meningkat ini, CelcomDigi menawarkan pelbagai produk yang menarik dan mampu milik daripada pelan-pelan Prabayar dan Pascabayar, di samping pakej peranti dengan pelbagai telefon 5G sehinggalah pelan fiber ultra pantas yang memberi pelanggan pengalaman 5G. 

Kini, pelanggan boleh mendapatkan pelan Prabayar dan Pascabayar 5G dengan 10 kali lebih kelajuan.

Pelanggan yang ingin melancong ke luar negara juga tidak perlu risau, kerana mereka boleh menikmati perkhidmatan 5G di lebih 32 negara dengan mudah dan hanya perlu diaktifkan melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi masing-masing.

CelcomDigi turut menawarkan pelbagai jenis peranti pintar yang mampu milik dan menyokong perkhidmatan 5G.

Buat mereka yang berkeluarga dan mahu menikmati sambungan Internet berkelajuan tinggi, CelcomDigi turut menyediakan beberapa pelan fiber yang sesuai dengan keperluan isi rumah, daripada 300Mbps hingga 1Gbps.

Tawaran fiber ini turut disertakan dengan pemasangan dan Router WiFi 6 secara percuma serta proses penukaran yang mudah.

Setiap pelan CelcomDigi Fiber yang ditawarkan memastikan kelajuan yang pantas tanpa had dan stabil bagi memastikan pelanggan dapat menikmati sambungan tanpa gangguan.

Seiring dengan perkembangan rangkaian 5G di seluruh Malaysia, CelcomDigi akan menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang memberi penjimatan besar serta pengalaman rangkaian yang terbaik untuk pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai CelcomDigi, layari laman web Celcom dan Digi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2023 @ 11:32 AM