Muhammad Najmir Razaman

MENJANA pendapatan pasif seperti membuat pelaburan saham adalah sangat penting terutamanya ketika kegawatan ekonomi.

Ia bagi memberikan pendapatan sokongan jika berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Oleh kerana menyimpan dana kecemasan untuk keperluan enam bulan kelihatan agak sukar, pelaburan saham yang dibuat pastinya sedikit sebanyak dapat membantu ketika ekonomi merudum.

Antara pelaburan saham yang dijamin selamat dan mampu memberikan pulangan yang kompetitif adalah melalui Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Pelaburan ASB dan ASB2

Bagi penduduk yang memegang status Bumiputera, ASNB menawarkan pelaburan unit amanah seperti ASB dan ASB2 pada harga RM1 seunit.

Ia adalah sebuah pelaburan harga tetap yang boleh diklasifikasikan sebagai sebuah tabung simpanan yang boleh digunakan ketika kecemasan.

Menariknya, walaupun ASB dan ASB2 adalah sebuah instrumen pelaburan berisiko rendah, namun pelabur boleh menerima purata dividen tahunan yang lebih kompetitif berbanding pelaburan yang dibuat melalui instrumen akaun simpanan atau deposit tetap lain.

Sebagai contoh, ASNB mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

ASB memberikan pengagihan pendapatan kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank yang mencatatkan kadar purata sebanyak 2.85 peratus sepanjang tahun 2023.

Lebih menguntungkan, pelabur juga boleh menentukan sendiri jumlah pelaburan yang ingin dilaburkan tanpa sebarang had minimum.

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ASB dan ASB2.

Aplikasi MAE daripada Maybank2u mudahkan urusan

Seiring dengan objektif mereka dalam memberikan pengalaman perbankan terbaik, Maybank tampil menyediakan kemudahan buat pengguna mereka melakukan pelaburan melalui aplikasi MAE dan laman sesawang Maybank2u.

Caranya mudah, pengguna hanya perlu menghubungkan semua akaun pelaburan ASNB mereka dengan aplikasi MAE atau laman sesawang Maybank2u bagi menikmati perkhidmatan ini.

Antara ciri kemudahan yang diberikan adalah seperti membuat semakan baki, memindah dan menambah dana serta melihat sejarah transaksi mereka.

Pelabur ASNB juga boleh menguruskan beberapa akaun pelaburan ASNB termasuk akaun anak mereka menerusi satu platform dengan mudah.

Kesemua ciri ini boleh digunakan oleh pengguna secara automatik sebaik sahaja akaun ASNB mereka dihubungkan ke platform perbankan Maybank.

Ikuti langkah mudah dibawah untuk mula melabur melalui Maybank2u:

  1. Log masuk ke Maybank2u
  2. Pilih 'PAY & TRANSFER' > Klik 'TRANSFER'
  3. 'Transfer to' > Klik 'ASNB Accounts' > Pilih akaun penerima
  4. Isi butiran > Klik 'TRANSFER' > Ikut arahan untuk melengkapkan pemindahan

Bagi anda yang ingin melabur melalui aplikasi MAE pula, ikuti langkah ini: 

  1. 'Quick Actions' > Klik 'Transfer'
  2. Pilih 'ASNB' > 'Favourites' > Pilih akaun penerima
  3. Masukkan jumlah yang ingin dipindahkan
  4. Klik 'Transfer Now' > Ikut arahan untuk melengkapkan pemindahan

Menangi 2,024 unit pelaburan

Bersempena dengan kedatangan tahun baharu ini, Maybank berbesar hati memberikan pengguna mereka peluang memenangi sebanyak 2024 unit pelaburan ASNB apabila mendaftar melalui aplikasi MAE atau Maybank2u.

Pengguna yang melabur buat kali pertama juga turut berpeluang mendapatkan kredit e-Dompet MAE RM10 apabila melabur minimum RM100 dan ke atas (terhad kepada 1000 pelabur pertama yang layak).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelaburan melalui Maybank, klik di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2024 @ 3:29 PM