FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Melvin Joni


Kuching: Sebanyak sembilan kes rabies membabitkan tujuh kematian dikesan di Sarawak tahun ini, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata, sebanyak 35 daripada 173 sampel haiwan yang diambil dari seluruh Sarawak dikesan positif rabies.

"Justeru, orang ramai perlu berhati-hati dan memastikan anjing masing-masing disuntik vaksin anti-rabies.

"Jika digigit atau dicakar harus ke hospital untuk dapat rawatan segera," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mengikut mengikut data Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), sebanyak 62 kes rabies pada manusia dengan 55 kematian direkodkan sejak 2017.

Beliau turut meminta setiap pemilik anjing untuk menyuntik anjing masing-masing dengan vaksin rabies setiap tahun tanpa gagal.

Rundi berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak juga sedang giat melakukan vaksin anti rabies percuma di pejabat veterinar dan vaksinasi besar-besaran dijalankan secara berkala.

Pada masa sama, beliau berkata, Immune Belt Enforcement Team (IBET) sudah memulakan vaksinasi dari kampung ke kampung di sepanjang sempadan.

Menurutnya, lebih 10,000 ekor anjing sudah disuntik anti rabies setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2023 @ 1:24 PM