GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Beberapa daerah di 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca berkenaan di Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim,

Menurutnya, selain itu, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan dan Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun juga dijangka akan berdepan amaran cuaca berkenaan.

"Pahang akan membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin, Selangor pula di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

"Selain itu, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan, Jasin, Melaka serta Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru juga berdepan cuaca sama," katanya.

MetMalaysia berkata, amaran itu membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau) di Sarawak.

"Bagi Sabah pula amaran sama dikeluarkan untuk Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2023 @ 3:34 PM