FOTO hiasan
FOTO hiasan
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak bermula hingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan berkata, amaran cuaca itu dikeluarkan di Perlis, Kedah membabitkan Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang.

Menurutnya, di Perak cuaca sama dijangka membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

"Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan, Pahang dan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Selangor serta Kuala Lumpur dan Melaka juga dijangka berdepan cuaca sama.

"Selain itu, ia turut membabitkan Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala Johor di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru," katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak iaitu Sarikei (Julau), Sibu dan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah.

"Sabah: Pedalaman (Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu keluaran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2023 @ 4:29 PM