Peranti terbaik untuk perniagaan dan hiburan sekaligus meningkatkan penanda aras industri - FOTO Honor.
Peranti terbaik untuk perniagaan dan hiburan sekaligus meningkatkan penanda aras industri - FOTO Honor.
Nur Amirah Abd Rani

JENAMA telefon pintar terkemuka, HONOR mengumumkan pelancaran peranti terbaharunya HONOR Magic Vs iaitu telefon pintar boleh lipat mercu pertama antarabangsa. 

Telefon boleh lipat mercu ini bakal menjadi penanda aras industri menerusi rekaan, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna yang pasti menjadi peranti terbaik sesuai bagi perniagaan serta hiburan. 

Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd George Zhao berkata, HONOR Magic Vs adalah telefon boleh lipat mercu pertama bersaing di pasaran antarabangsa yang akan mengubah cara penggunaan telefon pintar di seluruh dunia.

1. Telefon boleh lipat canggih 

HONOR Magic Vs direka dengan berat hanya 261 gram (g) menjadikannya antara telefon teringan dalam industri yang sesuai untuk kegunaan sepanjang hari. 

Peranti ini menggunakan bateri bersaiz 5000mAh dan mempunyai kapasiti paling besar dalam kategori telefon boleh lipat sedia ada. 

Selain itu, badan HONOR Magic Vs juga nipis iaitu 12.9 milimeter (mm) membuatkan rekaannya kelihatan simetri dan licin. 

Ini menjadikannya peranti boleh lipat HONOR ringan dan mudah dibawa ke mana-mana, pada masa sama memberi rasa premium kepada pengguna.

HONOR Magic Vs direka dengan engsel tanpa gear ringan yang diperbuat daripada bahan gred aeroangkasa membolehkan peranti ini menahan lebih 400,000 lipatan, bersamaan penggunaan lebih 10 tahun dengan 100 lipatan sehari. 

2. Dwi paparan untuk pemandangan luar biasa

Menariknya, telefon ini mempunyai paparan 6.45 inci yang mesra pengguna serta nisbah skrin ke badan sebanyak 90 peratus untuk pengalaman yang menyeronokkan. 

Telefon ini turut hadir dengan sokongan gamut warna DCI-P3 yang menghasilkan 1.07 bilion warna dan kadar segar semula skrin sehingga 120Hz. 

HONOR Magic Vs juga mengetengahkan ciri serba baharu Circadian Night Display yang berupaya mengurangkan kesan negatif cahaya biru dengan efektif dan pada masa sama meningkatkan kualiti tidur pengguna.

Kedua-dua skrin HONOR Magic Vs dilengkapi teknologi kemalapan PWM 1920Hz yang mengurangkan kerlipan skrin untuk pengalaman pemandangan selesa walau dalam suasana malap.

3. Fotografi dan pengalaman audio dipertingkatkan

Pengalaman pengguna menggunakan HONOR Magic Vs bakal bertambah seronok ketika bergambar. 

HONOR Magic Vs menampilkan sistem tiga kamera terdiri daripada Kamera Utama IMX800, Kamera Lebar Ultra dan Makro 50MP serta Kamera Zum Optikal 3X 8MP memberi hasil rakaman gambar dan video unggul dengan butiran terperinci mengagumkan. 

Teknologi ini dibolehkan menerusi HONOR Image Engine yang memberikan keupayaan fotografi pengkomputeran terbaik dalam kelasnya dengan menghasilkan gambar berkualiti dalam apa jua keadaan.

4. Prestasi sepanjang hari tiada tandingan

HONOR Magic Vs dikuasakan pemproses Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 Mobile Platform, yang membantu memacu kecekapan kuasa dengan prestasi GPU dan CPU yang dipertingkatkan. 

Pengecas pantas berwayar HONOR SuperCharge 66W turut membolehkan bateri mencapai kapasiti pengecasan penuh dalam tempoh 46 minit.

5. Sekuriti Dual-TEE jaminan keselamatan 

Selain pemproses yang dipertingkat, telefon ini turut hadir dengan sistem sekuriti Dual TEE (Trusted Execution Environment) sebagai jaminan perlindungan perkakasan serta privasi dan keselamatan pengguna. 

Telefon boleh lipat ini diperkasakan dengan MagicOS 7.0 berdasarkan Android 12 yang dimuatkan dengan ciri pintar untuk membantu pelbagai tugasan dan meningkatkan produktiviti ke tahap maksima.

Berminat dengan telefon boleh lipat HONOR Magic Vs? Ikuti perkembangan HONOR Magic Vs di laman web https://www.hihonor.com/my/ dan Facebook HONOR Malaysia sekarang!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2022 @ 3:14 PM