Muhammad Najmir Razaman

SEIRING peredaran masa, penerimaan pengguna teknologi pintar terhadap telefon lipat juga dilihat semakin berubah.

Kebiasaannya, pengguna menganggap telefon lipat sebagai sebuah peranti yang tebal, berat dan kurang kompetitif berbanding peranti pintar biasa bertaraf 'flagship' lain.

Namun begitu, jenama teknologi global, HONOR tampil menepis persepsi berkenaan melalui pelancaran model HONOR Magic V2.

Selepas diperkenalkan di China tahun lalu, HONOR berjaya mengeluarkan lebih sejuta unit HONOR Magic V2.

Ini membuktikan bahawa telefon lipat mempunyai potensi pasaran yang besar dalam segmen peranti pintar premium.

Menurut firma analisis pasaran Omdia, HONOR Magic V2 kini menjadi telefon lipat terlaris di pasaran China, menguasai tangga pasaran sebanyak 25 peratus.

Nipis dan ringan

Melalui pelancaran HONOR Magic V2 ini, HONOR menjadi antara yang terkedepan dalam membawakan teknologi tercanggih merentasi dunia telefon lipat.

Sebagai telefon lipat pertama dengan ketebalan di bawah satu sentimeter (cm) apabila dilipat, HONOR Magic V2 tidak hanya menampilkan reka bentuk yang nipis tetapi juga memiliki berat hanya 231gram.

Honor Magic V2 mempunyai badan ultra nipis dengan ketebalan menakjubkan pada hanya 9.9 milimeter (mm) apabila dilipat manakala 4.7 mm apabila dibuka.

Ia sekali gus menjadikan model ini lebih nipis dan ringan berbanding model terdahulu.

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) HONOR turut berpendapat bahawa peranti ini memiliki badan yang lebih nipis berbanding telefon pintar biasa.

Ia sejajar dengan nilai yang diterapkan HONOR iaitu menjadi penyedia peranti pintar berorientasikan pengguna.

Engsel aloi titanium kukuh

HONOR Magic V2 turut menggunakan engsel yang diperbuat daripada aloi titanium, sejenis material gred aeroangkasa bagi memberikan berat dan kekuatan yang seimbang.

Berbeza dengan aloi aluminium, aloi titanium 150 peratus lebih kukuh disamping berupaya menghasilkan peranti boleh lipat yang ringan.

Ia mampu menampung sekurang-kurangnya 400,000 lipatan memastikan ketahanan peranti sehingga sepuluh tahun dan diperakui oleh SGS.

Skrin luaran HONOR Magic V2 pula dibina menggunakan Kaca Nanohablur Generasi Kedua yang mempunyai kekuatan tahan jatuh 10 kali ganda berbanding kaca biasa dan diperakui oleh SGS.

Bagi memberi kepuasan buat pengguna mereka, HONOR juga mengumumkan bahawa syarikat itu melaburkan 10 peratus daripada pendapatan tahunan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh pasukan R&D global bagi membolehkan penciptaan peranti canggih seperti HONOR Magic V2. 

Mengikut data yang diumumkan semasa acara pelancaran, HONOR Magic V2 mempunyai rekonstruksi seluruh badan menggunakan 210 teknologi yang dipatenkan. 

Ia bagi menjadikan model ini sebagai telefon lipat yang lebih ringan, nipis dan  tahan lama dengan teknologi terkini seperti bateri silikon karbon berkapasiti 5000mAh, skrin bebas kerlipan yang menjaga mata serta kamera falcon capture.

Kini di Malaysia

Berita baik buat penggemar jenama HONOR, telefon lipat yang membawa sukses  kepada HONOR di China, HONOR Magic V2 kini secara rasmi dilancarkan di Malaysia.

Dengan reka bentuk nipis yang bakal mencetuskan revolusi, perkakasan dan konfigurasi 'flagship', ia pasti menerima sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan pengguna peranti pintar.

Dilihat dari segi harga tempatan, HONOR Magic V2 kelihatan bersedia mengambil alih kedudukan dominan peranti boleh lipat dalam pasaran tempatan.

HONOR Magic V2 ditawarkan pada harga RM6,999 dan kini dibuka untuk pratempahan sehingga 24 Januari ini. 

Pembeli terawal akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM3,247 termasuk HONOR CHOICE Robot Cleaner R2, pemegang telefon kereta dan Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari.

HONOR menjadi jenama teknologi pertama dalam industri menawarkan perlindungan skrin selama 365 hari untuk telefon lipat yang meliputi skrin dalam dan luar. 

Sekiranya berlaku kerosakan pada skrin dalam tempoh 180 hari dari tarikh pembelian, pengguna layak mendapatkan satu kali penggantian alat skrin dalaman dan luaran secara percuma.

Diskaun bagi penukaran skrin sebanyak 50 peratus juga akan diberikan sekiranya skrin rosak dalam tempoh 365 hari dari tarikh pembelian. 

Pratempah HONOR Magic V2 bermula sekarang sehingga 24 Januari 2024 di laman sesawang HONOR Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2024 @ 12:44 PM