Nurshafika Suhaimi


SEJAK dilancarkan awal April lalu, siri HONOR Magic mula meraih perhatian ramai sekali gus mendapat tempat dalam pasaran telefon pintar Malaysia.

Sebanyak tiga variasi telefon diperkenalkan di bawah siri HONOR Magic iaitu HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic Vs dan HONOR Magic5 yang sesuai dijadikan hadiah buat ibu bapa anda. 

HONOR Magic5 Pro menampilkan sistem tiga kamera Millisecond Falcon Capture yang sesuai untuk ibu anda yang suka mengambil gambar.

Untuk kaum bapa yang memerlukan skrin lebih besar, anda boleh mempertimbangkan HONOR Magic Vs kerana skrin permukaan adalah 6.45 inci serta nisbah skrin ke badan sebanyak 90 peratus.

Tidak lupa juga buat adik-beradik, hadiahkan mereka HONOR Magic5 yang menawarkan nilai tiada tandingan pada harga mampu milik.

Menariknya, anda boleh hadiahkan peranti mercu ini pada harga mampu milik dari serendah RM4.80 sehari tanpa faedah dan yuran proses sehingga 24 bulan.

HONOR Magic5 Pro paparan telefon pintar terbaik

HONOR Magic5 Pro mempunyai tiga ciri perlindungan mata termasuk Paparan Malam Circadian untuk kualiti tidur yang dipertingkatkan dan paparan LTPO OLED dengan teknologi Peredupan 2160Hz Pulse Width Modulation (PWM) untuk meminimumkan kelipan skrin. 

Ciri keselesaan mata inovatif ini sesuai untuk mereka yang menghabiskan masa berjam-jam di hadapan telefon pintar sekali gus mampu melindungi mata ibu bapa anda. 

Selain itu, ciri hebat lain yang terdapat pada peranti ini ialah sistem Milisecond Falcon Capture Camera iaitu sistem tiga lensa kamera bertujuan merakam secara jelas setiap pergerakan atau objek berkelajuan tinggi dan 'membekukannya' dengan sempurna.

 Contoh foto ditangkap menggunakan sistem Milisecond Falcon Capture Camera bertujuan meningkatkan masa kelajuan auto fokus dan butang pengatup (shutter) bagi menangkap objek yang bergerak pantas dengan kabur minima. -FOTO HONOR

Bukan itu sahaja, ibu bapa anda tidak perlu bimbang masalah bateri cepat kehabisan kerana HONOR Magic5 Pro hadir dengan Bateri Berketumpatan Tinggi Ultra 5100mAh yang menawarkan jangka hayat bateri yang boleh bertahan lebih daripada 10 jam sehari.

Dengan bateri tahan lama, HONOR Magic5 Pro pilihan terbaik untuk ibu bapa anda melayari internet atau Facebook sepanjang hari.

HONOR Magic5 berbaloi, sesuai buat pelajar

Hampir sama dengan edisi HONOR Magic5 Pro, Magic 5 tampil dengan rekaan lebih nipis dan ringan tetapi mempunyai bateri berketumpatan tinggi ultra yang bertahan lama untuk sepanjang hari. 

Telefon pintar ini dikuasakan oleh teknologi MagicOS 7.1 dan Snapdragon 8 Gen 2 pada harga mampu milik yang sesuai dihadiahkan untuk adik-beradik yang sedang belajar.

Manakala, sistem tri-kamera, Milisecond Falcon Capture masih dikekalkan yang terdiri daripada kamera utama 54MP, kamera ultra lebar 50MP, dan kamera telefoto 32MP untuk merakam gambar-gambar menakjubkan di hujung jari. 

Salah satu mod fotografi khas AI Motion Sensing Capture yang membolehkan gambar pegun diambil dalam keadaan bergerak - FOTO HONOR

Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan penstabil imej AI, HDR, dan Mod Malam yang boleh dirakam dalam apa jua keadaan pencahayaan.

Hasilnya, gambar lebih jelas dengan perincian, warna dan ketajaman yang mengagumkan. 

Lebih Ringan, Lebih Nipis, Lebih Baik – Bateri Berketumpatan Tinggi Ultra 5100mAh

Siri ini juga menawarkan jangka hayat bateri tiada tandingan dengan bateri besar 5100mAh. 

Pengecas SuperCharge 66W membolehkan HONOR Magic5 dicas dengan pantas, senang ketika pengguna perlu menggunakan peranti ini untuk membuat tugasan atau gaming.

HONOR Magic Vs telefon pintar boleh lipat mercu pertama antarabangsa

Sementara itu, HONOR Magic Vs menawarkan telefon pintar boleh lipat dengan rekaan elit yang memberi keselesaan pemandangan lebih optimum.

Telefon boleh lipat elit ini menjadi penanda aras baharu dalam industri dengan kenipisan hanya 12.9mm apabila dilipat dan berat hanya 267 gram menjadikannya antara telefon teringan dalam industri.  

Telefon ini juga dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang akan memberikan pengguna hayat bateri yang tahan lama.

Selain itu, Engsel Tanpa Gear Super Ringan HONOR Magic Vs direka dengan penuh teliti menggunakan bahan gred aeroangkasa diperakui TUV Rheinland yang mampu menahan sehingga 400,000 lipatan dan bukaan.

Malah, ia adalah telefon boleh lipat pertama yang datang dengan perkhidmatan penggantian keretakan dwi skrin selama 180 hari secara percuma untuk memberi jaminan kepada pengguna.

Menariknya, telefon ini mempunyai paparan 6.45 inci serta skrin dalaman 7.9 inci mesra pengguna yang memberi pengalaman hiburan mengasyikkan.

Dengan cara ini, ibu bapa anda boleh menukar antara skrin dalaman dan luaran dengan mudah bergantung pada keselesaan mereka. 

Siri HONOR Magic Vs juga menawarkan ciri keselesaan mata termasuk 1920Hz PWM Dimming dan Circadian Night Display yang berupaya mengurangkan kesan negatif cahaya biru dengan efektif dan pada masa sama meningkatkan kualiti tidur pengguna.

Ini sekali gus memberi keselesaan mata buat ibu bapa anda walau dalam suasana malap. 

Hanya serendah RM4.80 sehari


HONOR kini menawarkan pelan bayaran ansuran sifar peratus bermula dari RM 4.80 sehari dengan faedah sifar peratus dan yuran proses sehingga 24 bulan.

Dapatkan promosi siri HONOR Magic atau peranti lain untuk tersayang di sini
dan maklumat lanjut boleh didapati di halaman Facebook HONOR Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2023 @ 4:54 PM