Siri HONOR Magic5 menawarkan bateri berketumpatan tinggi yang seimbang antara berat dan ketebalan badan. - FOTO HONOR
Siri HONOR Magic5 menawarkan bateri berketumpatan tinggi yang seimbang antara berat dan ketebalan badan. - FOTO HONOR
Hanis Aliaa Hidzir

HONOR mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran mercu mewah apabila HONOR Magic5 Pro menerima dua anugerah DXOMARK untuk skrin dan kamera berkuasa.

Sejak dilancarkan di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023, siri HONOR Magic5 mempunyai prestasi cemerlang dengan teknologi tercanggih dalam pengimejan, skrin, komunikasi dan jangka hayat bateri.

Menjelang pelancaran rasmi di Malaysia April ini, HONOR memilih puluhan rakyat Malaysia sebagai pengguna pertama untuk merasai pengalaman menggunakan HONOR Magic5 Pro.

Pengguna bertuah yang digelar HONOR Magic Experiencers ini diberi peluang menguji proses pembangunan produk dan antara yang pertama meneroka sistem inovatif Magic OS 7.0.

Pengalaman fotografi terbaik

Sejak beberapa tahun lalu, pengguna mengalami masalah lengah atau beku selepas menekan butang pengatup sekali gus menyebabkan rakaman yang lengah.

Namun, HONOR berjaya menyelesaikan masalah ini menerusi Falcon Triple Main Camera yang terdiri daripada cache berganda bagi mengurangkan masa lengah kepada maksima 1,500 milisaat.

Bagi menambah baik pengalaman fotografi, teknologi AI kamera berkenaan akan memilih imej terbaik dalam tempoh sesaat sebelum dan 0.5 saat selepas butang pengatup ditekan bagi memastikan proses tangkapan gambar yang lancar.

Toh berjaya merakam gambar seekor kucing melompat dari kerusi dengan sempurna menggunakan HONOR Magic5 Pro. - FOTO HONOR

HONOR Magic Experiencer, Wildan Toh meluahkan rasa kagum terhadap ciri tangkapan Falcon HONOR Magic5 Pro.

"Telefon pintar ini mengubah setiap pergerakan menjadi seperti dalam filem aksi dengan merakam momen yang jelas dalam sekelip mata."

Alan Ong yang berpuas hati dengan HONOR Magic5 Pro dan menggambarkan ciri-ciri pada peranti ini sebagai 'magis'.

"Saya terkejut melihat setiap butiran dalam gambar dirakam dengan jelas. Peranti ini menawarkan cara mudah menangkap gambar dengan profesional dan berkualiti," katanya.


Edmund menggunakan dua telefon pintar jenama lain sebagai perbandingan. - FOTO HONOR

Edmund JP pula tertarik dengan ciri rakaman Falcon yang dibantu AI pada HONOR Magic5 Pro kerana berupaya merakam pergerakan berkelajuan tinggi dan 'membekukan' pergerakan bilah kipas dengan sempurna.

"HONOR Magic5 Pro bukan sahaja terbaik untuk keadaan cahaya rendah tetapi juga terbaik untuk fotografi berkelajuan tinggi. Saya tidak sabar meneroka ciri-ciri lain kamera ini!" kata Edmund.

Wira Hidayat turut mendapati Falcon Capture Algorithm HONOR Magic5 Pro secara automatik mengesan pergerakan dan merakam momen terbaik menerusi rangkaian AI yang terdiri daripada lebih 270,000 imej.

Ciri AI Motion Sensing Capture membolehkan kamera mengesan beberapa senario dengan tepat, mengenalpasti titik fokus pada setiap senario dan menangkap momen terbaik secara automatik seperti ketika berlari, melompat atau senyum.

Dengan Ultra-Fusion Computational Optics, HONOR Magic5 Pro menambah baik kejelasan imej sehingga 29.5 peratus dan meningkatkan keupayaan pengimejan daripada 3.5x-100x.


Liew tertarik dengan kamera Telefoto Periskop 50MP HONOR Magic5 Pro yang menyokong zum optik 3.5x dan zum digital 100x. - FOTO HONOR

Sementara itu, Edwin Liew menggelarkan HONOR Magic5 Pro sebagai telefon pintar mercu terbaik bagi 2023 selepas merakam gambar 'zoom' ketika waktu malam.

"Tidak kira seberapa jauh jarak bangunan, HONOR Magic5 Pro berupaya merakam setiap butiran dengan cekap," katanya.

Jangka hayat bateri tiada tandingan

Dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 2, siri HONOR Magic5 menawarkan bateri berketumpatan tinggi yang seimbang antara berat dan ketebalan badan.

Siri ini juga menawarkan jangka hayat bateri tiada tandingan dengan bateri besar 5100mAh dan pengecasan pantas HONOR SuperCharge 66W yang pastinya memuaskan hati pengguna.

Seorang lagi pengguna, Foo Tzen Fung berkata, sepanjang perjalanan memandu dari Bukit Mertajam ke Kuala Lumpur, dia menggunakan HONOR Magic5 Pro untuk mendengar Spotify sambil menggunakan Waze.

Jangka hayat lama bateri HONOR Magic5 Pro membuat Foo kagum kerana masih mampu bertahan selepas menggunakan peranti berkenaan selama tujuh jam 43 minit.

Ahmed Khamis turut memuji ketahanan bateri HONOR Magic5 Pro dan menyatakan peranti ini menunjukkan potensi penuh menerusi prestasi bateri yang berkuasa.

Selain HONOR Magic5 Pro, HONOR Malaysia bakal memperkenalkan telefon boleh lipat terbaharu HONOR Magic Vs dalam masa terdekat.

HONOR Magic Vs menyasarkan untuk menyelesaikan isu besar tentang rekaan dihadapi pengguna telefon boleh lipat seterusnya menjadi antara pemain kukuh dalam industri antarabangsa.

Bakal melancarkan dua peranti mercu baharu awal April ini, penggemar HONOR Malaysia boleh menantikan pengumuman tarikh pelancaran dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs, layari https://bit.ly/HONORDualFlagshipHM.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2023 @ 4:27 PM