Sebuah bas ekspres yang membawa 10 penumpang hilang kawalan sebelum terbalik di Jalan Gunong-Jelawat dekat Kampung Bator, di sini, pagi tadi. FOTO Ihsan polis
Sebuah bas ekspres yang membawa 10 penumpang hilang kawalan sebelum terbalik di Jalan Gunong-Jelawat dekat Kampung Bator, di sini, pagi tadi. FOTO Ihsan polis
Nor Fazlina Abdul Rahim


Bachok: Sebuah bas ekspres yang membawa 10 penumpang terbalik akibat hilang kawalan di Jalan Gunong-Jelawat dekat Kampung Bator, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, kesemua penumpang hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Jelawat.

"Sebaik tiba di selekoh Kampung Bator, bas yang dipandu lelaki berusia 27 tahun hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik di bahu jalan.

"Terdapat seramai 10 penumpang yang berada di dalam bas terbabit dan kesemua mereka hanya mengalami cedera ringan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, usaha mengalih dan mengangkat bas sudah dilakukan oleh syarikat bas berkenaan pada 11 pagi tadi dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Jun 2022 @ 5:00 PM