KEADAAN banjir di Balai Polis Rantau Panjang di Kedai Lama berikutan limpahan air Sungai Golok. FOTO Syamsi Suhaimi
KEADAAN banjir di Balai Polis Rantau Panjang di Kedai Lama berikutan limpahan air Sungai Golok. FOTO Syamsi Suhaimi
Siti Nor Hidayatidayu Razali


MANGSA banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,671 orang sehingga 1 tengah hari ini, berbanding kepada 808 orang, 11 pagi tadi.

Jumlah mangsa itu membabitkan 430 keluarga yang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang dan Bachok.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bachok adalah daerah terbaru yang membuka PPS mulai jam 1 tengah hari tadi membabitkan 106 mangsa daripada 21 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat.

Kota Bharu mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 278 mangsa daripada 72 keluarga yang ditempatkan di empat PPS.

Pasir Puteh mencatatkan 337 mangsa daripada 89 keluarga yang ditempatkan di empat PPS.

Tanah Merah mencatatkan 186 mangsa daripada 49 keluarga yang berada di enam pusat pemindahan.

Selain itu, Pasir Mas mencatatkan 665 mangsa daripada 182 keluarga di 11 PPS dan Machang turut meningkat kepada 45 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 2:13 PM