FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Oleh Omar Ahmad


Mersing: Aktiviti selam skuba atau snorkeling di perairan Daerah Mersing di sini arahkan dihentikan berkuat kuasa serta merta.

Pegawai Daerah Mersing, Mohamed Shakib Ali berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya ada pihak yang melanggar arahan ditetapkan.

"Dimaklumkan kepada semua pengusaha resort, chalet, pengusaha bot pelancong, bot 'island hopping' dan pusat selam skuba diminta memberhentikan sebarang aktiviti selam skuba atau snorkeling di perairan Daerah Mersing berkuat kuasa serta merta.

"Tindakan tegas akan di ambil sekiranya didapati melanggar arahan yang dikeluarkan. Kesinambungan itu, pihak berkuasa juga akan mengadakan pemantauan," katanya dalam satu notis pemberitahuan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan empat penyelam warga asing hilang semasa melakukan aktiviti latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, tengah hari semalam.

Mereka adalah seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46 dan anaknya warga Belanda, Nathan Renze, 14.

Dua lagi penyelam adalah seorang wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18 dan wanita Norway, Kristine Grodem, 35 yang juga jurulatih selam.

Bagaimana Kristine berjaya dijumpai dalam keadaan selamat tengah hari tadi dan usaha mencari tiga lagi penyelam yang masih hilang masih diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2022 @ 3:32 PM