Penyokong BN melihat keputusan penjumlahan PRN Johor di Johor Bahru hari ini. Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Penyokong BN melihat keputusan penjumlahan PRN Johor di Johor Bahru hari ini. Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Luqman Arif Abdul Karim

Johor Bahru: Barisan Nasional (BN) melakar kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja dengan majoriti 4,223 undi.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan ketika mengumumkannya berkata, keputusan berkenaan diperoleh bersandarkan kiraan undi tidak rasmi.

"Ini pengumuman kemenangan yang ketiga, iaitu kita berjaya di DUN Parit Raja.

"Tahniah BN," katanya menerusi pengumuman di ibu Pejabat Umno di sini, hari ini.

BN meletakkan Rashidah Ramli di DUN Parit Raja bagi berdepan saingan empat penjuru termasuk calon daripada Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Fikri Musa, Zulkifli Mat Daud (Perikatan Nasional) dan Lateef Mahrani (Parti Pejuang Tanahair).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 9:36 PM