Luqman Arif Abdul Karim

Johor Bahru: Barisan Nasional (BN) mendakwa bahawa gabungan itu mendahului di 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, BN turut berada di hadapan berdasarkan kiraan undi tidak rasmi di kerusi Benut, Perling, Layang-Layang, Puteri Wangsa dan Gambir.

"Secara tidak rasmi, kita mendahului di 44 kerusi," katanya menerusi pengumuman di Ibu Pejabat Umno di sini, hari ini.

Berdasarkan sistem demokrasi, mana-mana parti atau gabungan yang berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 29 berupaya membentuk kerajaan negeri sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 9:05 PM
Penyokong BN bersorak selepas melihat keputusan penjumlahan PRN Johor di Johor Bahru hari ini. Foto Mohamad Badli Saali
Penyokong BN bersorak selepas melihat keputusan penjumlahan PRN Johor di Johor Bahru hari ini. Foto Mohamad Badli Saali