GRILLO berlatih melakukan tee di lubang ke-11 untuk mempertahankan gelaran di Charles Schwab Challenge di Colonial Country Club. FOTO AFP
GRILLO berlatih melakukan tee di lubang ke-11 untuk mempertahankan gelaran di Charles Schwab Challenge di Colonial Country Club. FOTO AFP
AFP

Texas: Pada ketika pemain golf lelaki terbaik dunia berkumpul untuk kejohanan utama kedua, lapangan bagi kejohanan Charles Schwab Challenge di Fort Worth, Texas, bermula esok, turut menjadi tumpuan.

Colonial Country Club adalah gelanggang Jelajah PGA paling lama untuk kejohanan bukan utama apabila akan menganjurkan kejohanan untuk kali ke-78.

Selepas kejohanan tahun lalu berakhir dan Emiliano Grillo dari Argentina muncul juara, pengubahsuaian dibuat dengan diketuai Gil Hanse.

Walaupun keseluruhan lapangan itu dirombak, Hanse tetap mengekalkan wajah lama sejak beberapa dekad lalu yang disifatkannya sebagai lebih lasak dan kelihatan semulajadi.

"Lapangan golf berwajah baru pada tahun ini, lebih segar, mungkin ia adalah perkataan lebih baik berbanding baharu," kata pemain golf Australia, Adam Scott.

"Tetapi, ia adalah lapangan golf yang hebat, gelanggang yang bagus untuk siri jelajah. Menerusi beberapa penambahbaikan, saya bersemangat kembali ke sini."

Hanse turut memecahkan tembok batu di antara lubang ke-16 hingga ke-18 yang menjadi penghalang kepada bola dipukul Grillo pada tahun lalu.

Sekalipun melakukan double bogey di lubang ke-18, Grillo menewaskan Adam Schenk menerusi playoff untuk meraih kemenangan pertama dalam tempoh hampir lapan tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2024 @ 11:46 AM