Penyokong BN yang mengenakan pakaian bendera BN bersorak selepas melihat keputusan penjumlahan undi PRN di Johor Bahru hari ini. Foto Mohamad Shahril Badri Saali SAALI
Penyokong BN yang mengenakan pakaian bendera BN bersorak selepas melihat keputusan penjumlahan undi PRN di Johor Bahru hari ini. Foto Mohamad Shahril Badri Saali SAALI
Luqman Arif Abdul Karim

Johor Bahru: Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga, sekali gus menepati sasaran gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15 hari ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia bersandarkan keputusan kiraan undi tidak rasmi ketika ini.

"Alhamdulillah seperti nombor pendaftaran kenderaan Presiden, 38, kita menang dan peroleh majoriti dua pertiga.

"Hidup BN," katanya di Ibu Pejabat Umno Johor di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 10:58 PM