DATUK Seri Abdul Hadi Awang.
DATUK Seri Abdul Hadi Awang.
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian akan terus bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun Ahli Parlimen Pagoh itu sudah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu memuat naik status di laman Facebook beliau bagi menyatakan penghargaan terhadap Muhyiddin dan komitmen terus bersama.

"Sebentar tadi saya menghubungi Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

"Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita," katanya.

Muhyiddin kini menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sebagaimana yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima peletakan jawatannya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 11:21 PM